Khamis, 9 November 2017

Holla Sem Break

Selamat pagi kepada diri sendiri,

    Takda masa bebenor nak menulis sebab jadual pack and sekarang midsem break yahooo!!! ( actually kalau rajin update blog tu bolehla). Sekarang saya dah Tahun 2. Perjalanan masih jauh dengan subjek makin banyak dan mencabar dan siap ada simulasi preparation for my becoming third year nanti. Tahun dua saya bermula dengan baik setakat ni, kalau tak baik pon bersyukurlah. Lepas simulasi je balik bilik tidur penat kelas start daripada pukul 8 pagi sampai 4 petang ( kalau tiada simulasi) kalau ada pukul 5 petanglah gamaknya. So basically my life sangat-sangatlah normal, lepak dengan kawan, tengok istagram and the rest pergi belajar. Kolej pon okayla sekarang dapat bilik single pandai-pandai kena urus diri ( tak boleh terlajak tidur) sebab kelas pukul 8 pagi. 

Okay topic pada post ni ialah macam mana saya pilih bidang ni.

    Sebenarnya, saya takdalah nak ingat mana macam mana boleh terfikir mula-mula nak pursue dalam bidang ni. Masa tingkatan 4 ke 5 minat dekat chemistry sangat-sangat and lepastu terfikirlah nak jadi forensik atau ahli kimia tapi cam agak cam emmm. Lepasttu macam manalah bolehnya nak ambik Dentist ni sebab mostly ramai nak MEDIC. So sebab tak popular sangat tulah rasa cam ada chance je kalau apply dapat. Jadi bile dah habis SPM cam parents bagilah greenlight. Happy lar kejap. Tapi bile nak apply scholarship JPA-MARA and yang lain ( tak ingat), parents cam fikir balik sebab alat mahal sebab tanya sedara punyer kawan punyer kawan cakap yang alatan kena beli sendiri and alatan sangat mahal. Agak sedihlah sebenarnya sebab memang sebab dah berhajat nak bidang dentistry ni tapi sebab campur parents nak srh ambik Medic ( saya kalangan yang tanpa rela) apply lah semua medic dengan niat rela ( berat hati jugak). So kebanyakan aku pergi interview tak dapat ( sedih). Lepastu mulalah sedih bila kawan lain dapat scholar yang gah-gah sebab aku ingat aku pon ada high chance nak dapat ( orang cakap jangan berharap tinggi sangat, nilah padanya). Lepastu dapat tawaran pergi Mesir. Parent pon macam nak suruh aku pergi tapi aku memang taknak pergi sana sebab beberapa faktor. Masa tu aku dah dekat asasi UKM ( asasi Ukm susah giler).

     Kadang- kadang diorang runsing lepas asasi nanti aku tak dapat pursue bidang yang aku nak sebab aku selalu mengadu dekat diorang yang competition sangat tough and belajar susah. Masa kuiz Biologi  pon aku selalu yang dapat kuiz ciput ( 4/10), macam mana mental tak breakdown. Tapi aku still cam teruskan belajar dekat asasi ni sebab aku masih ada hati nak ambik bidang pergigian n. Lepastu parents aku suruh bagi kata putus nak LEAVE IT OR DARE IT (punyi cam gangster tapi tak pon sebenarnye). So aku pilih untuk stay dekat Malaysia (  kalau pergi sana bolehla nak cakap belajar dekat oversea hihi). Bukan senang nak buat pilihan ni sebab aku dah buat visa semua bagai untuk pergi Mesir ni last-last aku reject ( mestilah parents aku sedih) tapi aku dah buat solat hajat semulah mintak petunjuk. Jadi macam aku cakaplah dekat parents aku yang aku akan buktikan aku dapat ambik bidang ni ( berani mati kau). Aku ni nampak cam ikut jer kata kadang-kadang bile libatkan masa depan aku kena fight la skikitkan. 
Image result for study hard meme

    Jadi aku belajarlah hardcore untuk dapat CGPA yang lepas requirement untuk masuk dekat fakulti FGG. Actually ASPI is not bad experience sebenarnya, banyak yang aku dapat belajar. Walaupun aku datang situ dengan orang aku tak kenal lansung( dari satu sekolah pon takde) tapi aku belajar bersosial dengan bangsa lain, jadi open minded subject lain daripada silibus asasi dan matrik and paid off jugaklah. So after aku dah habis ASASI, apply dalam sistem UKM and dapat interview. Oh masa nak apply tu ayah aku adelah nak mengugat keimanan aku dengan suruh aku ambik medic tapi aku cam no way. This is my final lastt lasttt harapan jadi aku pon masih utuh keimanannye dengan pilih dental as first choice.  

   Dan sekarang Im here at this faculty ( dengan muka bangga, angkat-angkat kening). Dentistry is not easy at all, bukannya belajar gigi sahaja kawan-kwan, pre clinical year belajar subjek sama dengan medic cuma second year ni baru rasa terexpose sikitlah dengan simulasi semua. Jadi berdasarkan post ni saya nak cuma sampaikan macam mana saya boleh masuk bidang ni dengan adenya halangan. Kadang-kadang pilihan parents tu okay, ramai yang berjaya sebab parents decide kadang-kadang orang nak haluan diorang sendiri. Jadi saya taknak mengiyakan yang mana-mana, keputusan semua ada dalam diri kita. Kita decide macam mana kita nak jadi pada masa hadapan.

Image result for proud face meme

'' Ikutlah kata hati, peluang itu susah untuk didapati tetapi apabila anda dapat menggapainya teruskan menggapainya'' 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan