Rabu, 29 Ogos 2018

End of my Preclinical Year

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ and hi,

  Disebabkan memori ingatan tak brp nak gah jadi post di sini sebab nanti saya godek godek balik blog ni bolehlah tengok balik apa jadi masa second year. So nak tohok balik apa jadi dekat 2nd year and for this year dental student dah masuk simulation lab, Oh lain Universiti lain dia punya silibus ada yang first year dah buat denture and masuk lab untuk UKM, second year baru masuk simulation lab.Siapa tak berkobarkan? Sebelum tu kena ade beberapa preparationlah, contohnya kena gigihkan diri kutip gigi dekat klinik swasta mahupun kerajaan. Lagi cepat korang bertindak lagi bagus, dapat tawaran tu terus pi tinggal dekat klinik gigi dekat dengan daerah korang. Tinggal pulak bukan 1-2 hari terus korang dapat tau, kena tunggu berbulan- bulan baru dapat tu pun ikut nasib berapa kerat je dapat, yang penting syukur at least dapat. Bahan dan peralatan akan diasediakan tapi 'pinjam' kena jaga sampai 5th year ade beberapa je beli sendiri. Pastikan barang ni tak tertukar dengan tertinggal dekat lab tapi memang selalu ade kes camni jadi BEWARE!!!!

  Untuk first sem, kami kena buat full denture dengan beberapa exercise simulation lab and memang sangatlah gugup. Kalau yang jenis tangan ni dah biasa dengan lat memang bende petik jari tapi Hello!!! bukan senang tau sebab di supervise oleh Dr- dr yang berpengalaman. Tips dia korang janganlah down kalau tengok orang lain buat exercise cepat je, saya mula mulat buat balik dr simulation lab muka koyak macam lepas gaduh. Kena kentalkan diri jadi tabah dan kejar balik oh and setiap exercise ada competency test, test ni kitorang  kena buat dalam tempoh yang diberikan dan tak boleh rujuk mana mana sumber tapi cuak. Masa ni memang korang kena buat betul- betul sebab dr yg luluskan satu- satu step sangat teliti memang tak boleh buat silap sikit oh dan pastikan kalau korang nak pertahankan diri korang kena ada hujah yang bernas ( yang penting logik dan nampak bijak). Fisrt competency test aku koyak jugaklah macam awan gelap selubungi dirini tapi Alhamdulillah managed it well. Untuk full denture asssignment pulak, akan ada sesi demo oleh lecturer and time ni memang kena take note setiap step yang dr buat. Memang akan ada banyak demo and kena rakan video dan saya macam biasa mengharapkan ihsan dari pada kawan untuk rakam video sebab storage tak cukup, kamera tak lawa. Buat full denture ni boleh buat korang cari gaduh dengan orang yang penting wak lek wak peace. Mental kena jaga and mesti cepat lapar, aku sarankan time buat denture ni korang pasanglah lagu untuk korang dengar tak nak bagi bosan time buat handskill ni.

  2nd year boleh tahan tough jugakla sebenarnya sebab korang ada banyak subject killer antaranya ialah Patologi, Mikrobiologi, Farmakologi, Dental Material, Simulation Operation and Oral health. 3 subject awal yang saya sebut selalunya sangat tough untuk student sebab banyak drug kena hafal, nama bakteria lagi dengan nama penyakitnya lagi. Semua kesusahan boleh diharungi dengan kesungguhan jadi kena strugle dari awal sampai akhir dan 2nd year banyak gila kena buat video. Sapa yang ada skill editing time nilah korang luaskan kuasamu tunjukkan skill korang, memang betul- betul function time 2nd year. Aq sarankan buat nota sendiri dari awal dan jangan tangguhkan study sebab banyak sangat nak cover ( percayalah) belum lagi cakap pasal test yang hampir tiap minggu ada nonstop. Memang mental penat lepas test jer mesti tidur. Kalau boleh korang formkan study group and discuss and aku punya boleh diconsiderkan study group kot sebab kitorang discuss past year question, apa yang dr tekankan. 

   Memang penat dia tak terkata tu belum campur aktiviti luar fakulti kalau yang terlibat dengan program kolej betul betul kena pandai balance supaya ada masa untuk study and improve ur skill. Tapi selalunya fakulti kitorang cuti lain daripada fakulti orang lain, kitorang kena selalu gadai cuti, korbankan masa cuti untuk program ( sedih kang). Kadang kadang tak dapat join sebab tengah end sem lah ade testlah tapi everything ade pros and cons. For me saya still bangga dengan diri sendiri sebab dapat improve from last year and dapat kekalkan momentum sampai pro exam. For continue assesment memang kena aim high dapat percentage tinggi and grade tinggi everytime minitest sebab anything can happen during pro exam. For last year I am confident in Biochem and for final year saya blur tapi carry mark banyak membantu.

  For our exam this year, it quitely different from other years, vividly clear like out of topic yang kitorang target ( lain kali jangan target ye anak-anak). Aku boleh cakap every time keluar dari exam hall saya akan mengeluh like how could this question out in our paper. I cannot brain, seriously. Tapi Alhamdulilah manage to finish the paper and jangan ingat lepas paper boleh bersuka ria sebab 3 day after that viva result ( borderline and distinction ) akan dikeluarkan. Belum habis paper dah keluar result viva macam mana tak spoil mood kan? Btw for those yang tangah struggle if you read this post I hope and pray for your success agar korang sentiasa diberi kesenangan. Sometimes we see other people struggle hard but cant achieve what they want, pray for them so they can successfully get a good result in anything and whatever they doing.

( gonna continue some part and add some picture)
    

Khamis, 9 November 2017

Holla Sem Break

Selamat pagi kepada diri sendiri,

    Takda masa bebenor nak menulis sebab jadual pack and sekarang midsem break yahooo!!! ( actually kalau rajin update blog tu bolehla). Sekarang saya dah Tahun 2. Perjalanan masih jauh dengan subjek makin banyak dan mencabar dan siap ada simulasi preparation for my becoming third year nanti. Tahun dua saya bermula dengan baik setakat ni, kalau tak baik pon bersyukurlah. Lepas simulasi je balik bilik tidur penat kelas start daripada pukul 8 pagi sampai 4 petang ( kalau tiada simulasi) kalau ada pukul 5 petanglah gamaknya. So basically my life sangat-sangatlah normal, lepak dengan kawan, tengok istagram and the rest pergi belajar. Kolej pon okayla sekarang dapat bilik single pandai-pandai kena urus diri ( tak boleh terlajak tidur) sebab kelas pukul 8 pagi. 

Okay topic pada post ni ialah macam mana saya pilih bidang ni.

    Sebenarnya, saya takdalah nak ingat mana macam mana boleh terfikir mula-mula nak pursue dalam bidang ni. Masa tingkatan 4 ke 5 minat dekat chemistry sangat-sangat and lepastu terfikirlah nak jadi forensik atau ahli kimia tapi cam agak cam emmm. Lepasttu macam manalah bolehnya nak ambik Dentist ni sebab mostly ramai nak MEDIC. So sebab tak popular sangat tulah rasa cam ada chance je kalau apply dapat. Jadi bile dah habis SPM cam parents bagilah greenlight. Happy lar kejap. Tapi bile nak apply scholarship JPA-MARA and yang lain ( tak ingat), parents cam fikir balik sebab alat mahal sebab tanya sedara punyer kawan punyer kawan cakap yang alatan kena beli sendiri and alatan sangat mahal. Agak sedihlah sebenarnya sebab memang sebab dah berhajat nak bidang dentistry ni tapi sebab campur parents nak srh ambik Medic ( saya kalangan yang tanpa rela) apply lah semua medic dengan niat rela ( berat hati jugak). So kebanyakan aku pergi interview tak dapat ( sedih). Lepastu mulalah sedih bila kawan lain dapat scholar yang gah-gah sebab aku ingat aku pon ada high chance nak dapat ( orang cakap jangan berharap tinggi sangat, nilah padanya). Lepastu dapat tawaran pergi Mesir. Parent pon macam nak suruh aku pergi tapi aku memang taknak pergi sana sebab beberapa faktor. Masa tu aku dah dekat asasi UKM ( asasi Ukm susah giler).

     Kadang- kadang diorang runsing lepas asasi nanti aku tak dapat pursue bidang yang aku nak sebab aku selalu mengadu dekat diorang yang competition sangat tough and belajar susah. Masa kuiz Biologi  pon aku selalu yang dapat kuiz ciput ( 4/10), macam mana mental tak breakdown. Tapi aku still cam teruskan belajar dekat asasi ni sebab aku masih ada hati nak ambik bidang pergigian n. Lepastu parents aku suruh bagi kata putus nak LEAVE IT OR DARE IT (punyi cam gangster tapi tak pon sebenarnye). So aku pilih untuk stay dekat Malaysia (  kalau pergi sana bolehla nak cakap belajar dekat oversea hihi). Bukan senang nak buat pilihan ni sebab aku dah buat visa semua bagai untuk pergi Mesir ni last-last aku reject ( mestilah parents aku sedih) tapi aku dah buat solat hajat semulah mintak petunjuk. Jadi macam aku cakaplah dekat parents aku yang aku akan buktikan aku dapat ambik bidang ni ( berani mati kau). Aku ni nampak cam ikut jer kata kadang-kadang bile libatkan masa depan aku kena fight la skikitkan. 
Image result for study hard meme

    Jadi aku belajarlah hardcore untuk dapat CGPA yang lepas requirement untuk masuk dekat fakulti FGG. Actually ASPI is not bad experience sebenarnya, banyak yang aku dapat belajar. Walaupun aku datang situ dengan orang aku tak kenal lansung( dari satu sekolah pon takde) tapi aku belajar bersosial dengan bangsa lain, jadi open minded subject lain daripada silibus asasi dan matrik and paid off jugaklah. So after aku dah habis ASASI, apply dalam sistem UKM and dapat interview. Oh masa nak apply tu ayah aku adelah nak mengugat keimanan aku dengan suruh aku ambik medic tapi aku cam no way. This is my final lastt lasttt harapan jadi aku pon masih utuh keimanannye dengan pilih dental as first choice.  

   Dan sekarang Im here at this faculty ( dengan muka bangga, angkat-angkat kening). Dentistry is not easy at all, bukannya belajar gigi sahaja kawan-kwan, pre clinical year belajar subjek sama dengan medic cuma second year ni baru rasa terexpose sikitlah dengan simulasi semua. Jadi berdasarkan post ni saya nak cuma sampaikan macam mana saya boleh masuk bidang ni dengan adenya halangan. Kadang-kadang pilihan parents tu okay, ramai yang berjaya sebab parents decide kadang-kadang orang nak haluan diorang sendiri. Jadi saya taknak mengiyakan yang mana-mana, keputusan semua ada dalam diri kita. Kita decide macam mana kita nak jadi pada masa hadapan.

Image result for proud face meme

'' Ikutlah kata hati, peluang itu susah untuk didapati tetapi apabila anda dapat menggapainya teruskan menggapainya'' 

Selasa, 25 Julai 2017

Finish My 1st year

Image result for im back cartoon



Assalamualaikum and hello,


   Blog ni untuk saya berkongsi pengalaman yang dilalui. After a long hiatus dengan aktiviti menulis ni sekarang baru ada mood nak menulis lagi. Last year, saya dapat tawaran ke Fakulti pergigian U... 
( baca post saya sebelum ni). Walaupun saya sangat down lepas interview tapi Alhamdulilah Allah bagi saya peluang untuk jadi one of student dekat situ. So macam biase saya akan nervous giler fikir camna nak survive kat sana and my senior pon cakap fisrt year memang tahun yang sangat tough. Our sillabus not based on module atau belajar untuk sem 1 and end sem lepastu okay done. But our syllabus carry forward sem 1 + sem 2 = PRO EXAM ( scary word). Memang kepala otak ni kena ade 1 TERA GIGA BYTE memory untuk hafal semua benda. Tapi percayalah kalau ingatan baikpun tapi tak faham apa yang kita belajar pun tak guna jugak. So macam mana hidup aku dekat kolej? universiti? and kawan-kawan? Untuk post ni maybe aku cerita tentang dekat fakulti jelah.
                                                          Image result for feeling sad

   So my first impression to my fakulti life, sangat-sangatlah aku perlu menjadi orang yang rajin. Bila jumpa senior dental dekat library tengah buat discussion memang aku admire gila. And dekat u aku ni memang race equality is mostly kuantiti pelajar die fair ade lah terlebih terkurang tu. So persaingan tu sangat kuat and sebenarmya tu persaingan yang sihat, bila kita semakin tercabar kita akan buat yang lebih baik daripada apa yang kita nak capai ( but sometimes ade jugak time aku rase down). So aku belajar macam biasa, belajar sorang-sorang, tak faham cuba google tapi jarang gila la nak tanya lecturer dengan other batchmate ( jangan jadi macam saya please). After first test, result aq cam hampeh la jugak and among 4 subject, saya gagal 1. Oh sebelum terlupa, test ni ialah our assestment mark for pro exam nanti ( so belajarlah awal supaya tak menyesal kemudian). So since that time aq cam insaflah sikit yelah result teruk nak jawab apa dekat parent? But after first sem 1 break, aq memang busy dengan sukan, aktiviti kolej and yang paling teruk aku dapat demam denggi. So belajar pom cam suam-suam jelah. Tapi aku cam adelah effort jugak, malam-malam cover balik apa yang aku tak faham tapi still bile ada quiz baru belajar betul-betul. Masa tu aq dah start tanya orang kalau tak faham ( low your ego, jangan ingat kita je yang pandai) and start belajar dengan kawan-kawan. Sejujurnya aq memang jenis yang perlu fahamkan dulu sebelum belajar dengan orang ( at least adalah ikit knowledge tu). So aq take time untuk belajar sendiri dulu.  And untuk second test ada markah untuk sebjek aq okay cikitlah adelah improvement. 
Image result for anatomy                      Image result for jaw anatomy

  For second sem, memang sem 2 sangat lah tough dengan bapak banyak giler event, event fakulti kolej, kelab semua ( pandai masuk pandailah tanggung yer). Tapi aku tak menyesal pon. Orang kita masa universiti ni lah kita kena grab chance apa yang kita ada  to be hollistic person nanti. So kawan kawan kalau nak fokus time lecture duduklah depan ( sebab aku selalu duduk belakang and sangat mengantuk). Satu faktor lagi aq datang lewat berbanding yang lain. Tapi duduk belakang pon boleh fokus jugak asal perhatian korang betul-betul dekat lecturer. Lecture sangat penting sebab lecturer akan bagitahu important point masa tu and bukan dekat lecture notes. Kalau tak faham terus  tanya lecturer time tu nanti lupa and korang memang kadang-kadang takde masa pun untuk revise balik sebab jadual sangat pack. So nasihat daripada saya jangan menangguh apa yang korang tak faham terus  cari jawapan nanti bila exam menyesal tak sudah. Mostly topic for second sem aku lebih suka berbanding first sem, entah kenapa. Result aq pon cam much better in second sem mungkin sebab dah dapat pattern cara nak study. Nasihat aku lagi, jangan belajar dalam keadaan yang sangat pressure, make sure korang terima apa yang korang belajar dengan baik. One of my lecturer said, ''belajar bukan untuk exam sahaja tapi belajar untuk your future patient''. Deep giler, mungkin sebab tu  jugak aku cam semangat nak belajar. Kadang-kadang korang akan rasa pressure bila tengok kawan-kawan lain result cam gempak. Jangan jadikan tu sebagai pelemah korang, jadikan tu cam satu motivasi untuk korang buat yang tebaik dari diorang. Kalau senior-senior sebelum ni boleh buat, takkan aku takleh buat ( aku selalu cakap dkt diri aku bila rasa nak give up). 

                                                 Image result for feeling stress

   Walaupun aku bukanlah top student and sangat average student, aku bersyukur sebab aku dapat harungi tahun 1 yang sangat banyak onar dan duri. Struggle dengan diri sendiri, kawan- kawan tu belum lagi aku sebut our mental healthness. Tak terbilang berapa kali aku nangis. Bila belajar kadang-kadang kita jumpa our part yang selfish nak kan kita sorang jer yang berjaya tapi remember that always help your friend. Jangan pernah tinggalkan mereka, support diorang bagi tunjuk ajar supaya kita berjaya sama-sama. Jujur aku cakap, my supportive friend make me pass my first year and also my lecturer guidance and support and tak dilupakan parents yang selalu doakan aku daripada jauh. Never give up on your dream. Walaupun berapa kali kita gagal, Allah tu Maha Adil and selalu bersama kita. 

'' This is only beginning, whatever we have achieved we must always stay grounded. Carry forward the knowledge and add more'' - my beloved lecturer-

                                            Image result for life as dental student quote
  

Khamis, 28 Julai 2016

Temuduga Optometri dan Radioterapi UKM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

     Sebenarnya temuduga ini adalah yang pertama saya pergi untuk degree nanti. Optometri as 2nd choice and Radioterapi a.k.a X-Ray 5th choice. Semua permohonan yang saya mintak semua Sains kesihatan dan tak tahulah kenapalah nak bidang ni. Tapi yang betul-betul nak of courselah 1st choice. Tempat temuduga dekat Ukm KL tetapi dekat klinik audiologi diorang. Mula- mula pergi tu tengok panjang gila beratur. Yela semua kos kesihatan buat dekat situ dan untuk area zon tengah memang banyaklah. Ramai kan nak masuk UKM nih. Masa tu jugaklah aku buat eunion dengan budak asasi aku. Berjam-jam beratur untuk ambil nombor. Untuk sesi pagi aku kos Radioterapi dan aku tryla usha budak yang dah siap interview diorang kata okay jer. penemuduga pom tak banyak tanya sebab kitorang budak asasi UKM. Kitorang ni UKM je boleh pergi, dahtu nak campak mana lagi kalau bukan UKM. Okay lepastu dalm bilik panel tu diorang akan pilih 3 orang untuk masuk dan saya dapat budak cina dan budak Melayu. Tegyr-tegurlah dulu tanya apa khabar semua tak tegur nanti diorang ingat saya sombong pulak. Masuk-masuk tu dapat die punya head of department kos tu. So, diorang review dulu CV yang kita buat. Pastikan korang buat CV betul-betul.

1. Introduce yourself.

Saya cakapla my name is bla...bla....then im just recently finish my study in ASASIpintar foundation programme then dia cakap. So, this is the only university that you can apply is it. Aku angguk jelah. so jawapan saya dimatikan begitu sahaja then dia pom tanya orang lain pulak. Kalau dia tanya in english jawab in english kalau tanya in malay jawab in malay. Korang kena peka.

2. What criteria do you have?

Soalan ni korang kena relate kan dengan kos korang. Pandai-pandailah promote diri diorang. Disebabkan die appointed dekat aku first aku pom cakaplah pasal diri aku yang tak out topic sikit dengan critertia radiologist ni. Orang lain siap jawab diorang pandai handle machine, precise then macam -macam lagi. Lepastu barulah aku fikir balik, kenapalah kelaut sangat aku jawab.

3. Apa hobi awak pada masa lapang?

Soalan ni dalam BM dan sangat sempoi sangat. saya cakap saya sukat tengok video dan hias benda lepastu ade satu panel tu cakap so awak suka main indoor lah. Lepastu aku cakaplah yang aku suka bersukan jugak. Masuk topik ni terus aku promote diri yang aku ni pernah wakil bla bla. Diorang pom oooohhh oooh . Ala-ala teruja gitu. dan aku pom rasa bersalah jugak sebab aku banyak ambil masa panel aku ssebab dua orang lagi kejap je diorang jawab.

3 soalan je dia tanya tapi korang kena jawab dengan berhikmahlah. Kawan aku yang dapat panel lain cakap die kena soalan tell me basically what do radiologist do?. So korang kena buat research jugaklah pasal sedikit sebanyak kos ni.


Pada sesi petang pulak, kos optometri dan hanya tiga orang je sesi petang. Yang sesi pagi pom tak habis lagi.

Sama jugak aku menuggu giliran sampailah kena panggil. Siap tanya lagi kawan aku sesi pagi apa yang diorang tanya. Diorang kata susah sikit soalan dia. Lepastu aku mulalah cuak. Masuk dalam bilik panel tu aku duduk hujung sekali lepastu diorang tanya lah.

1. Perkenalkan diri awak secara ringkas dan mengapa awak berminat dalam bidang ni?

2. if youhave to choose . Do you want to be a leader or follower?

3. Soalan situasi. Kalau orang buta melintas jalan dan awak telah lewat untuk menghadiri temuduga ni adakah awak akan selamatkan orang tua itu atau awak akan tinggalka.

Yang soalan last ni kalau jawab nak selamatkan panel akan condem lepastu awak tak nak kos ni. So korang memang kena pandailah pilih. Dua dua jawapan betul sebenarnya dan panel nak uji personaliti dan cara korang berfikir.


Bila dah habis semua tu pergilah salam dan diorang ucap goodluck dekat kitorang sebab diorang cakap dalam beribu ribu orangdiorang nak 300 orang student je dalam kos Sains kesihatan ni. Aduhai..

Image result for hesitation gif

Interview UKM DENTISTRY 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


   Sebenarnya saya dah hampir 2 bulan ditemuduga untuk kos Pergigian dekat UKM dan mengambil masa untuk updatekan blog saya. Sejujurnya saya hanya igin berkongsi pengalaman kepada bakal yang akan ditemuduga pada masa hadapan. Masa diberi pilihan oleh UKM untuk pilih kos mana untuk Degree nanti saya memang letak kos ni sebagai pilihan pertama saya sebab saya memang minat sangat dan saya tak nak mengulangi kesilapan saya yang lalu dengan try and error. Beberapa minggu selepas tu, saya check permohonan untuk ditemuduga. Mula-mula tu nampak Temuduga ke Kos Optometri lepastu rasa agak sebak sebab saya ingatkan ikut susunan pilihan sebab Optometri ni second choice. Then, scroll bawak nampak kos Radioterapi. Lagilah berlinang air mata sebabtu pilihan kelima . Lepastu jeng-jeng jeng. '' ANDA DITAWARKAN KE SESI TEMUDUGA KOS DOKTOR PERGIGIAN''. 
Image result for excited jump
Terlompat-lompat aku, then terus panggil Umi cakap yang dapat. Mak aku pom excited jugak yelah sebab aku takut pointer tak lepas. Alhamdulilah dapat. So, memang aku buat preparationlah untuk temuduga ni. Oh lupa nak cakap. saya tak apply ikut UPU tapi apply guna sistem UKM je sebab saya pelajar asasi UKM. 

Saya ditemuduga di UKM KL bukan dekat UKM Bangi. Masa sesi temuduga saya tu dalam 30 orang dan mostly budak asasi pintar sendiri yang lain-lain student dari matriks, A-level, asasi UITM dan ASASI UM. Temuduga kali ni sangat teratur eventnya. Diorang dah bahagikan group-group pelajar. Tetapi kami semua bukan ditemuduga dalam kumpulan tetapi secara individu. Kalau tahun lepas diorang buat ujian wire bending tetapi tahun ni kena carve soap. Mula-mula aku macam bengang kenapa kena carve lepastu barulah fkir diorang nak tengok kemahiran tangan masa yang diorang bagi dalam 30 minit ke 45 minit. Okay dah 2 bulan, so saya dah lupa.Lepas siap diorang akan masukkan dalam bilik kurungan. Lepastulah baru mulanya sesi temuduga dengan panel. Semuanya ada dalam bilik dan pelajar dan dibahagi dalam 5 kumpulan, so kena tunggu giliran jelah and giliran ni bukan first come first serve. Diorang dah letakkan awal-awal. Saya dapat giliran kedua dalam kumpulan dan Alhamdulilah masa interview tu ada budak asasi sekali so bolehlah borak-borak buat hilang segan sikit. 

Dalam 10 minit lepastu, diorang panggil. masa tu beg kena letak luar then dia akan bagi macam satu keratan karangan tentang rokok. Okay article then ada arahan dan soalan. Nanti bila saya masuk dalam bilik panel tu saya kena macam jawab soalan dalam tu. Lepas pelajar yang first keluar diorang pom panggil saya masuk. Masa tu ada 3 orang panel. SAya sangat gugup macam nak luruh jantung ni. Semua panel perempuan dam Melayu.

1. Introduce yourself

2. When your started to like being a dentist?

3. Explain tentang hasil soap crave dibuat?

4. What the hardest thing in dentistry?

5. How you leadership?

6. Tak ingat

7. Soalan situasi berkenaan dengan volunterr work ( In Malay)

8. Soalan situasi berkenaan macam mana nak deal dengan orang dalam event kalau dia tak suka dekat kita ( In Malay)

Jawab tentang article tadi.

Soalan dia tak susahpom sebenarnya tetapi aku yang nervous sangat dan saya rasa banyak lagi soalan dalam english tu cuma lupalah apa yang diorang tanya. Aku pom lupa nak cakap tentang research semua. Dan adalah sesalan disitu sebab saya rasa saya tak buat yang terbaik. So, saya tawakal dan berdoa kepada ALLAH agar dapat kos ni. Korang kena buat research berkenaan kos ni, draftkan jawapan and bina confident dalam diri ni.
Masuk degan tenang jer rilek jer. Masa introduce yourself aku tu pendek sangat sebab masa temuduga yang sains kesihatan asyik kena cut dengan panel so dah terbiasa dengan macam tu. Sedih. 


So bila saya cuba ingat balik apa yang saya buat dekat interview aritu saya akan sedih tetapi bila saya ingat balik saya dan buat yang terbaik. Sekarang tengah tunggu keputusan dan harap Allah bagi yang terbaik untuk saya. Amin.

From Immature to Mature

Assalamualaikum,


    Blog ni saya dah buat untuk beberapa tahun yang lepas atas dasar saja-saja dan masa tu trend orang buat blog dan aku dengan tak maturenya turut serta tetapi isi kandungan dalam blog saya ni tak bermanfaat lansung. Selepas beberapa tahun saya cuba untuk renewkan blog saya untuk menjadi manfaat kepada orang lain dengan berkongsi pengalaman dan mungkin hanya untuk suka-suka tetapi ade cerita yang ingin saya sampaikan. Semakin umur meningkat ni penulisan saya pun kena jadi mature jugak. Kepada sesiapa yang sudi untuk membaca blog saya terimalah seadanya gaya penulisan saya yang tidak seberapa dan post-post yang mungkin dianggap tidak bermanfaat lai telah saya delete untuk menjaga aib diri sendiri. HOHOHOHOOH.

Should we start over again?

Rabu, 27 Julai 2016

Interview UNIKL RCMP

Assalamualaikum and hye semua yang sudi membaca,

    Starting sekarang i wan to renovate my blog to be a little be matured than before. hehehe. Umur pon dah besar panjang cara berfikir pom dah lain sikit. Pada 26 Julai lepas saya dapat tawaran temuduga daripada pihak UNIKL, sebenarnya apply kos farmasi ni sebab as back up plan jer. Lepas dapat tawaran 2, 3 hari nak dekat interview barulah jenuh cari maklmat tentang kos ni. Actually, saya memang kosong pasal kos ni tapi buatlah preparation takkan lah tak buat lansung kan orang yang temuduga tu nampak sangat aku apply sesuka hati.

    Okay so saya pergi dengan abang dan ayah and dekat Perak ni memang takder saudara pom kat sane tapi nasib baik ade kawan abang saya boleh tolong bawak sambil jalan-jalan Perak. Saya punyalah jaga baju ni daripada kedut. Maklumlah naik bas, takkan nak sangkut pulak, nasib baik tak kedut. Sampai-sampai tgklah dalam 196 orang name. tapi masa saya naik dekat bilik yang kumpul semua calon tu dalm 65 orang jer lepastu ade lagi satu bilik dekat bawah tapi tak tahulah total exactly yang datang dan dia cuma nak 30 orang jer.

    So, sambil tunggu giliran tu aku borak-boraklah dulu dengan calon-calon yang lain. Diorang sangat friendly. Sambil tu aku intai budak Aspi sama dengan aku sambil aku tunggu kawan aku lagi sorang nih yang sama apply dengan aku. Lepas dia sampai aku borak-boraklah dengan dia dulu sambil curi-curi ambik WIFI dalam library tu.

   Lepas beberapa jam aku kena panggil dalam senarai menunggu lepastu die suruh masuk dalam bilik 1. Basically, saya dapat panel yang baik iaitu dua-dua malay and diorang guna fully english. Antara soalan yang dia tanya.

1. Introduce yourself

2. If you have problem with you friends and lecturer, how did you manage it.

3. Relate back to jawapan aku yang aku cakap my longterm planning to be a researcher. Dia tanya so you want to be researcher in general or specific.

4. Did you self sponsored or being sponsored

Soalan ke empat tu mula-mula aku tak terfikir kenapa dia tanya, then ade kawan aku tu cakap education also is business lagi-lagi UNIKL swasta punya but under MARA. offcoslah diorang cari yang confirm boleh bayar dekat diorangkan. Jawapan soalan first tu korang elaborate jer, sampai lah kering tengkak, First time aku elaborate banyak masakannya mas iv dekat UKM haritu nyesal aq tak elaborate byk. Lepastu yang second tu, soalan about personaliti sebanarnya and situation dalam mana-mana temuduga akan ade punya sebab nak uji cara krang berfikir on the spot. So, last ayat yang aku ingat aku cakap '' i do not want to create bad relationship with my lecturer and friend because i do not know in the future who will i work with''. Theb, aku dengar die cakap brilliant. heheh. saja nak bongkak ckit. Tapi sebenarnya korang memang kena ''wowkan'' diorang.

Soalan yang ketiga barulah ade kaitan dengan pharmacy ni basically aku tak pilihpom specific ke general. Aku cakap dalam 10 tahun pertama aku nak belajar secara general untuk kumpul sebanyak mungkin knowledge then bile baru aku nak specifickan. Lepastu aku cakap lagi kalau boleh aku nak general sebab freedom aku nak research ape pom.

Nasib baik aku dapat panel yang bai. Panel bilik 2 banyak tanya tentang UNIKL, Panel biik 3 nampak cam serius, banyak tanya soalan situation ( kawan aku cakap). Tapi atas nasib korang akan dapat panel yang macam mana. BTW pada tahun depan sesiapa yang bakal iv untuk UNIKL saya wish goodluck. Kalau kornag nak betul-betul, buat betul-betul. Buat research pasal pharmacy then cuba draftkan jawapan korang. Takpandai speaking takpe janji confident dengan jawapan korang.