Khamis, 28 Julai 2016

Temuduga Optometri dan Radioterapi UKM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

     Sebenarnya temuduga ini adalah yang pertama saya pergi untuk degree nanti. Optometri as 2nd choice and Radioterapi a.k.a X-Ray 5th choice. Semua permohonan yang saya mintak semua Sains kesihatan dan tak tahulah kenapalah nak bidang ni. Tapi yang betul-betul nak of courselah 1st choice. Tempat temuduga dekat Ukm KL tetapi dekat klinik audiologi diorang. Mula- mula pergi tu tengok panjang gila beratur. Yela semua kos kesihatan buat dekat situ dan untuk area zon tengah memang banyaklah. Ramai kan nak masuk UKM nih. Masa tu jugaklah aku buat eunion dengan budak asasi aku. Berjam-jam beratur untuk ambil nombor. Untuk sesi pagi aku kos Radioterapi dan aku tryla usha budak yang dah siap interview diorang kata okay jer. penemuduga pom tak banyak tanya sebab kitorang budak asasi UKM. Kitorang ni UKM je boleh pergi, dahtu nak campak mana lagi kalau bukan UKM. Okay lepastu dalm bilik panel tu diorang akan pilih 3 orang untuk masuk dan saya dapat budak cina dan budak Melayu. Tegyr-tegurlah dulu tanya apa khabar semua tak tegur nanti diorang ingat saya sombong pulak. Masuk-masuk tu dapat die punya head of department kos tu. So, diorang review dulu CV yang kita buat. Pastikan korang buat CV betul-betul.

1. Introduce yourself.

Saya cakapla my name is bla...bla....then im just recently finish my study in ASASIpintar foundation programme then dia cakap. So, this is the only university that you can apply is it. Aku angguk jelah. so jawapan saya dimatikan begitu sahaja then dia pom tanya orang lain pulak. Kalau dia tanya in english jawab in english kalau tanya in malay jawab in malay. Korang kena peka.

2. What criteria do you have?

Soalan ni korang kena relate kan dengan kos korang. Pandai-pandailah promote diri diorang. Disebabkan die appointed dekat aku first aku pom cakaplah pasal diri aku yang tak out topic sikit dengan critertia radiologist ni. Orang lain siap jawab diorang pandai handle machine, precise then macam -macam lagi. Lepastu barulah aku fikir balik, kenapalah kelaut sangat aku jawab.

3. Apa hobi awak pada masa lapang?

Soalan ni dalam BM dan sangat sempoi sangat. saya cakap saya sukat tengok video dan hias benda lepastu ade satu panel tu cakap so awak suka main indoor lah. Lepastu aku cakaplah yang aku suka bersukan jugak. Masuk topik ni terus aku promote diri yang aku ni pernah wakil bla bla. Diorang pom oooohhh oooh . Ala-ala teruja gitu. dan aku pom rasa bersalah jugak sebab aku banyak ambil masa panel aku ssebab dua orang lagi kejap je diorang jawab.

3 soalan je dia tanya tapi korang kena jawab dengan berhikmahlah. Kawan aku yang dapat panel lain cakap die kena soalan tell me basically what do radiologist do?. So korang kena buat research jugaklah pasal sedikit sebanyak kos ni.


Pada sesi petang pulak, kos optometri dan hanya tiga orang je sesi petang. Yang sesi pagi pom tak habis lagi.

Sama jugak aku menuggu giliran sampailah kena panggil. Siap tanya lagi kawan aku sesi pagi apa yang diorang tanya. Diorang kata susah sikit soalan dia. Lepastu aku mulalah cuak. Masuk dalam bilik panel tu aku duduk hujung sekali lepastu diorang tanya lah.

1. Perkenalkan diri awak secara ringkas dan mengapa awak berminat dalam bidang ni?

2. if youhave to choose . Do you want to be a leader or follower?

3. Soalan situasi. Kalau orang buta melintas jalan dan awak telah lewat untuk menghadiri temuduga ni adakah awak akan selamatkan orang tua itu atau awak akan tinggalka.

Yang soalan last ni kalau jawab nak selamatkan panel akan condem lepastu awak tak nak kos ni. So korang memang kena pandailah pilih. Dua dua jawapan betul sebenarnya dan panel nak uji personaliti dan cara korang berfikir.


Bila dah habis semua tu pergilah salam dan diorang ucap goodluck dekat kitorang sebab diorang cakap dalam beribu ribu orangdiorang nak 300 orang student je dalam kos Sains kesihatan ni. Aduhai..

Image result for hesitation gif

Interview UKM DENTISTRY 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


   Sebenarnya saya dah hampir 2 bulan ditemuduga untuk kos Pergigian dekat UKM dan mengambil masa untuk updatekan blog saya. Sejujurnya saya hanya igin berkongsi pengalaman kepada bakal yang akan ditemuduga pada masa hadapan. Masa diberi pilihan oleh UKM untuk pilih kos mana untuk Degree nanti saya memang letak kos ni sebagai pilihan pertama saya sebab saya memang minat sangat dan saya tak nak mengulangi kesilapan saya yang lalu dengan try and error. Beberapa minggu selepas tu, saya check permohonan untuk ditemuduga. Mula-mula tu nampak Temuduga ke Kos Optometri lepastu rasa agak sebak sebab saya ingatkan ikut susunan pilihan sebab Optometri ni second choice. Then, scroll bawak nampak kos Radioterapi. Lagilah berlinang air mata sebabtu pilihan kelima . Lepastu jeng-jeng jeng. '' ANDA DITAWARKAN KE SESI TEMUDUGA KOS DOKTOR PERGIGIAN''. 
Image result for excited jump
Terlompat-lompat aku, then terus panggil Umi cakap yang dapat. Mak aku pom excited jugak yelah sebab aku takut pointer tak lepas. Alhamdulilah dapat. So, memang aku buat preparationlah untuk temuduga ni. Oh lupa nak cakap. saya tak apply ikut UPU tapi apply guna sistem UKM je sebab saya pelajar asasi UKM. 

Saya ditemuduga di UKM KL bukan dekat UKM Bangi. Masa sesi temuduga saya tu dalam 30 orang dan mostly budak asasi pintar sendiri yang lain-lain student dari matriks, A-level, asasi UITM dan ASASI UM. Temuduga kali ni sangat teratur eventnya. Diorang dah bahagikan group-group pelajar. Tetapi kami semua bukan ditemuduga dalam kumpulan tetapi secara individu. Kalau tahun lepas diorang buat ujian wire bending tetapi tahun ni kena carve soap. Mula-mula aku macam bengang kenapa kena carve lepastu barulah fkir diorang nak tengok kemahiran tangan masa yang diorang bagi dalam 30 minit ke 45 minit. Okay dah 2 bulan, so saya dah lupa.Lepas siap diorang akan masukkan dalam bilik kurungan. Lepastulah baru mulanya sesi temuduga dengan panel. Semuanya ada dalam bilik dan pelajar dan dibahagi dalam 5 kumpulan, so kena tunggu giliran jelah and giliran ni bukan first come first serve. Diorang dah letakkan awal-awal. Saya dapat giliran kedua dalam kumpulan dan Alhamdulilah masa interview tu ada budak asasi sekali so bolehlah borak-borak buat hilang segan sikit. 

Dalam 10 minit lepastu, diorang panggil. masa tu beg kena letak luar then dia akan bagi macam satu keratan karangan tentang rokok. Okay article then ada arahan dan soalan. Nanti bila saya masuk dalam bilik panel tu saya kena macam jawab soalan dalam tu. Lepas pelajar yang first keluar diorang pom panggil saya masuk. Masa tu ada 3 orang panel. SAya sangat gugup macam nak luruh jantung ni. Semua panel perempuan dam Melayu.

1. Introduce yourself

2. When your started to like being a dentist?

3. Explain tentang hasil soap crave dibuat?

4. What the hardest thing in dentistry?

5. How you leadership?

6. Tak ingat

7. Soalan situasi berkenaan dengan volunterr work ( In Malay)

8. Soalan situasi berkenaan macam mana nak deal dengan orang dalam event kalau dia tak suka dekat kita ( In Malay)

Jawab tentang article tadi.

Soalan dia tak susahpom sebenarnya tetapi aku yang nervous sangat dan saya rasa banyak lagi soalan dalam english tu cuma lupalah apa yang diorang tanya. Aku pom lupa nak cakap tentang research semua. Dan adalah sesalan disitu sebab saya rasa saya tak buat yang terbaik. So, saya tawakal dan berdoa kepada ALLAH agar dapat kos ni. Korang kena buat research berkenaan kos ni, draftkan jawapan and bina confident dalam diri ni.
Masuk degan tenang jer rilek jer. Masa introduce yourself aku tu pendek sangat sebab masa temuduga yang sains kesihatan asyik kena cut dengan panel so dah terbiasa dengan macam tu. Sedih. 


So bila saya cuba ingat balik apa yang saya buat dekat interview aritu saya akan sedih tetapi bila saya ingat balik saya dan buat yang terbaik. Sekarang tengah tunggu keputusan dan harap Allah bagi yang terbaik untuk saya. Amin.

From Immature to Mature

Assalamualaikum,


    Blog ni saya dah buat untuk beberapa tahun yang lepas atas dasar saja-saja dan masa tu trend orang buat blog dan aku dengan tak maturenya turut serta tetapi isi kandungan dalam blog saya ni tak bermanfaat lansung. Selepas beberapa tahun saya cuba untuk renewkan blog saya untuk menjadi manfaat kepada orang lain dengan berkongsi pengalaman dan mungkin hanya untuk suka-suka tetapi ade cerita yang ingin saya sampaikan. Semakin umur meningkat ni penulisan saya pun kena jadi mature jugak. Kepada sesiapa yang sudi untuk membaca blog saya terimalah seadanya gaya penulisan saya yang tidak seberapa dan post-post yang mungkin dianggap tidak bermanfaat lai telah saya delete untuk menjaga aib diri sendiri. HOHOHOHOOH.

Should we start over again?

Rabu, 27 Julai 2016

Interview UNIKL RCMP

Assalamualaikum and hye semua yang sudi membaca,

    Starting sekarang i wan to renovate my blog to be a little be matured than before. hehehe. Umur pon dah besar panjang cara berfikir pom dah lain sikit. Pada 26 Julai lepas saya dapat tawaran temuduga daripada pihak UNIKL, sebenarnya apply kos farmasi ni sebab as back up plan jer. Lepas dapat tawaran 2, 3 hari nak dekat interview barulah jenuh cari maklmat tentang kos ni. Actually, saya memang kosong pasal kos ni tapi buatlah preparation takkan lah tak buat lansung kan orang yang temuduga tu nampak sangat aku apply sesuka hati.

    Okay so saya pergi dengan abang dan ayah and dekat Perak ni memang takder saudara pom kat sane tapi nasib baik ade kawan abang saya boleh tolong bawak sambil jalan-jalan Perak. Saya punyalah jaga baju ni daripada kedut. Maklumlah naik bas, takkan nak sangkut pulak, nasib baik tak kedut. Sampai-sampai tgklah dalam 196 orang name. tapi masa saya naik dekat bilik yang kumpul semua calon tu dalm 65 orang jer lepastu ade lagi satu bilik dekat bawah tapi tak tahulah total exactly yang datang dan dia cuma nak 30 orang jer.

    So, sambil tunggu giliran tu aku borak-boraklah dulu dengan calon-calon yang lain. Diorang sangat friendly. Sambil tu aku intai budak Aspi sama dengan aku sambil aku tunggu kawan aku lagi sorang nih yang sama apply dengan aku. Lepas dia sampai aku borak-boraklah dengan dia dulu sambil curi-curi ambik WIFI dalam library tu.

   Lepas beberapa jam aku kena panggil dalam senarai menunggu lepastu die suruh masuk dalam bilik 1. Basically, saya dapat panel yang baik iaitu dua-dua malay and diorang guna fully english. Antara soalan yang dia tanya.

1. Introduce yourself

2. If you have problem with you friends and lecturer, how did you manage it.

3. Relate back to jawapan aku yang aku cakap my longterm planning to be a researcher. Dia tanya so you want to be researcher in general or specific.

4. Did you self sponsored or being sponsored

Soalan ke empat tu mula-mula aku tak terfikir kenapa dia tanya, then ade kawan aku tu cakap education also is business lagi-lagi UNIKL swasta punya but under MARA. offcoslah diorang cari yang confirm boleh bayar dekat diorangkan. Jawapan soalan first tu korang elaborate jer, sampai lah kering tengkak, First time aku elaborate banyak masakannya mas iv dekat UKM haritu nyesal aq tak elaborate byk. Lepastu yang second tu, soalan about personaliti sebanarnya and situation dalam mana-mana temuduga akan ade punya sebab nak uji cara krang berfikir on the spot. So, last ayat yang aku ingat aku cakap '' i do not want to create bad relationship with my lecturer and friend because i do not know in the future who will i work with''. Theb, aku dengar die cakap brilliant. heheh. saja nak bongkak ckit. Tapi sebenarnya korang memang kena ''wowkan'' diorang.

Soalan yang ketiga barulah ade kaitan dengan pharmacy ni basically aku tak pilihpom specific ke general. Aku cakap dalam 10 tahun pertama aku nak belajar secara general untuk kumpul sebanyak mungkin knowledge then bile baru aku nak specifickan. Lepastu aku cakap lagi kalau boleh aku nak general sebab freedom aku nak research ape pom.

Nasib baik aku dapat panel yang bai. Panel bilik 2 banyak tanya tentang UNIKL, Panel biik 3 nampak cam serius, banyak tanya soalan situation ( kawan aku cakap). Tapi atas nasib korang akan dapat panel yang macam mana. BTW pada tahun depan sesiapa yang bakal iv untuk UNIKL saya wish goodluck. Kalau kornag nak betul-betul, buat betul-betul. Buat research pasal pharmacy then cuba draftkan jawapan korang. Takpandai speaking takpe janji confident dengan jawapan korang.