Isnin, 23 Januari 2012

Antara dulu dan sekarang!!!


Di antara dulu dan sekarang memang bagaikan langit dan bumi,Kalau dulu banyak sangat masa untuk nisa tidur tapi sekarang nisa pulak kena curi2 masa nak tidur.Sekarang nisa berubah menjadi budak yang sengguk dlm kelas je bukan tidur lagi.

Kerja sekolah pun tak boleh bertangguh, kalau tak sengsara hidup nak curi masa,sampaikan riadah pun tak sempat,setakat ni nisa riadah sekali jer (teruk kan).Nak buat macam mana masa riadah 2 la nak tidur.

Pasal mandi jangan nak katala , memang tak basah sangat, terlalu ikut masa almaklumlah budak tepat masa kan.Sekarang pun masa berborak dengan kekawang disingkatkan sebab takut HOMEWORK TAK SIAP LORH.

Kalau nak borak lama2 tunggudalam dorm,, Lagisatu bangun memang jangan nak kata la , HARUS awal sebab nanti ....Dah2 tidur pun rasa sebentar jer nak buat camner disinari dengan lampu yang bercahaya sejak pkul 4.00 pagi (SABAR JELAH).Sebab 2 kadang2 aq curi masuk dalam dorm sebelah yang bkk lampu pukul 5.30 pagi tenang rasernyer.BY tHE Way happy sebab buleh masuk dorm ni , rasa tenang jugak sebab ramai kawan 2 saya yang lain dlm dorm ni jugak.

Kehidupan seoang calon PMR tak sama dengan tingkatan 2 , banyak kerja ,masalah Tapi dengan satu penyelesaian semua dapat diatasi .Macam iklan dah.


*Saya memang suka mengarut bukan mencarut.Saya calon PMR lorh.

Jumaat, 20 Januari 2012

CikGu


                 
 'TIADA BERKENAAN DENGAN YANG HIDUP DAN YANG MATI'

Aku ialah seorang pelajar sekolah menengah.Sekarang aku tingkatan lima.Walaupun aku tingkatan lima , namun masih ramai guruku yang tidak mengenaliku , aku bukanlah seorang yang pendiam namun aku selalu menegur guruku.Guruku hanya mengingati kawan-kawanku . Kadang kala aku cemburu akan kawanku namun begitu aku biarkan perasaan itu hanyut . Lama kelamaan aku biarkan sahaja begitu , tapi aku masih cemburu , bagiku aku sudah mengangap guruku sebagai ibubapaku.Munkin ini utusanku sebelum aku keluar sebagai LEPASAN SEKOLAH .Aku ingin guruku mengetahui bahawa

walaupun mereka tidak mengingatiku namun aku sentisa mangingati mereka.

walaupun mereka tidak mengenaliku namun aku tetap mengenali mereka.

walaupun mereka tidak menyanyangiku namun aku tetap menyayangi mereka.

Apa yang ku mahu restumu , tanpa restumu tidak kemana ilmumu 

walaupun dirimu tidak mengenaliu tapi ajaranmu akan aku ingati di sanubariku.

Dengan ilmumu ini juga aku telah berjaya menjadi seorang guru di sekolah menengah yang sama dan kini barulah ku tahu bagaimana untuk menjadi seorang guru yang adil dan mengambil berat tentang semua pelajarku kerana dirimu telah mengajarku.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
''Cikgu!Saya nak tanya cikgu pasal ALGEBRAIC boleh?''

''Mestilah boleh!''

Terima Kasih!cikgu.